Showing posts with label :kau dan aku:. Show all posts
Showing posts with label :kau dan aku:. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

.thousand.years.i.will.wait.II.


Suatu hari, tragedy lama berulang kembali. Alif dengan tiba-tiba menghilangkan diri. Edyana tidak mengerti sama sekali, apakah kesilapannya atau keterlanjuran kata-katanya membuatkan Alif merajuk sehingga menyembunyikan diri. Suatu hari, ketika ditanya kepada salah seorang kawan sekelasnya maka barulah diketahui oleh Edyana bahawa Alif sedang menjalani latihan industry di Perak. Sekali lagi mereka terpisah dalam keterpaksaan menahan sakit di hati tidak membiarkan air mata menginangi mata.

Setiap kali melayari laman internet, Edyana tidak pernah jemu untuk membuka lebaran insan yang bernama Alif. Setiap hari dia cuba mencari sahabatnya itu walaupun sudah bertahun sahabatnya itu menghilangkan diri tanpa sebarang nota. Adakalanya Edyana menghantar pesanan ringkas walaupun dia tahu pesanannya tidak akan dibalas. Dalam kotak fikirannya cuma satu, hanya menginginkan persahabatannya bersama Alif kembali ‘okey’ seperti dulu.



“u, I perlukan u sekarang. I tak taw nak cakap kat sape lg dah. I nak jumpe u k. nnt u bals taw kite jumpa kat mane.” Lantas pesanan itu dihantar oleh Edyana kepada Alif. Ke hulu ke hilir Edyana berjalan mundar-mandir menunggu pesanannya itu di balas oleh Alif. Akhirnya, deringan SMS telefon Edyana berkumandang. Berkejaran Edyana mendapatkan telefon kesayangannya itu. Sah! Alif! Yes! “u I datang jumpa u pukul 8 lepas I main bola,tunggu I dekat bawah”.

Tepat jam 8, Edyana sudah pun berada di bawah rumah seperti yang dijanjikan. Menunggu kelibat Alif yang tidak sampai – sampai. 10 minit kemudian Alif sampai dengan motornya. “sorry dear,I lambat” Edyana memandang dengan ringkas menjawab “okey”. Edyana menceritakan segalanya kepada Alif. Sedu sedan, gelak tawa menghiasi malam mereka. Sesuatu yang tak disangka, Alif memeluk Edyana dengan erat sekali, bagaikan tidak mahu lagi melepaskan insan yang disayanginya itu buat selamanya. Alif senang Edyana mula ceria kembali seperti pertama kali bersua.



Setahun berlalu, Alif dan Edyana seperti biasa, sehinggalah pada hari terakhir Edyana berada di Kolej. Edyana mencari Alif, dan memberitahu Alif bahawa dia sudah menamatkan pembelajaranya selama 3 tahun. Alif tercengang walaupun dia tahu Edyana lebih dahulu akan tamat belajar. Alif kehilagan kata – kata. Dia kini tahu tiada lagi Edyana tiada lagi Senyuman Edyana yang mengegarkan jiwa lelakinya untuk hari – hari mendatang. Alif cuba tersenyum dan mengucapkan “Congrats U!”. Satu kucupan hinggap di dahi Edyana. Dan Itulah kali terakhir mereka bertemu, tidak diketahui sebabnya.

A SIMPLE story, but full of meaning. Sekian. 

Tuesday, January 8, 2013

.thousand.years.i.will.wait.


ALIF, satu nama yang tidak asing lagi dalam hidup Edyana. Alif pernah bertahta di hati Edyana suatu ketika dahulu. Mereka bukan ’couple’ tetapi hubungan mereka terlalu rapat pada suatu ketika. Keakraban mereka melihat kan seolah-olah mereka ini ber’couple’. Semua benda yang dibuat berdua, makan, minum, study and bermacam-macam lagi. Namun dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan antara satu sama lain. 

Mereka terlalu menyembunyikan perasaan yang hadir dalam diri. Mereka masing-masing trauma selepas kecundang di tengah jalan dengan percintaan yang sebelumnya. Alif sukar mahu meluahkan kata-kata cinta kepada Edyana kerana bagi Alif biarlah masa menentukan segalanya. Namun begitu, Alif tetap ‘protective’ kepada Edyana. Alif sangat menyayangi Edyana. Pada Edyana pula, selagi Alif tidak menyatakan cinta Edyana tidak mungkin akan memberitahunya tentang perasaan yang tersimpan di sanubarinya.



5 Perkara Tentang Diri Alif (Edyana):
1. Penyayang
2. Peramah
3. Comel
4. Happy Person
5. Protective


5 Perkara Tentang Diri Edyana (Alif):
1. Comel
2. Senyuman 
3. Happy
4. Friendly
5. Sporty



Bak kata orang tua dahulu, tidak semestinya panas itu sampai ke petang. Itulah yang terjadi dalam hubungan Edyana dan Alif. Edyana pada ketika itu terlalu ‘busy’ dengan sukannya, ‘tournamentnya’ dan study meninggalkan Alif keseorangan buat seketika. Pada masa yang sama Edyana mesti bersiap sedia untuk berangkat ke tempat practical yang jauh dari Kuala Lumpur. Semua itu, membuatkan hubungan antara Alif dan Edyana menjadi semakin renggang. Alif dan Edyana tidak berkawan di laman social. Ini kerana, bagi pendapat Alif, Edyana adalah realitinya bukan alam mayanya.

Selama 4 bulan Edyana berada di utara tanah air kerana pembelajarannya, dan hilang ‘contact’ dengan Alif membuatkan Edyana berasa bersalah dan rindu. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Edyana terus menghubungi Alif tetapi hampa. Setiap hari Edyana menunggu panggilan atau pesanan ringkas dari Alif tetapi Alif hanya diam membisu. Kecewanya hati Edyana hanya tuhan saja yang tahu. Edyana memendam perasan lukanya seorang diri. Walaubagaimanapun, Edyana tetap mencari kelibat Alif setiap waktu detik dan ketika.
Selepas terlalu lama menghilang,akhirnya Alif Berjaya Edyana temui. Betapa bersyukurnya Edyana tiada bandingannya. Edyana seperti ingin memeluk Alif dan begitu juga sebaliknya pada saat pertemuan itu. 

Edyana berdoa dan berharap agar dia dan Alif tidak akan terpisah lagi. Terlalu tersiksa rasa hati Edyana apabila berjauhan dah tidak dapat menemui insan yang disayanginya. Alif menceritakan hal yang berlaku kepada dirinya sepanjang kehilangannya dan meminta maaf kepada Edyana.

Masa berlalu,dari hari kesehari dan ianya bagaikan tidak terasa hari-hari yang berlalu. Hidup dara dan teruna ini bahagia kembali seperti dahulunya. Tidak ada yang menganggu hubungan mereka. Tiada yang menjadi penghalang diantara mereka. Meraka kembali yakin bahawa tiada apa yang akan memisahkan mereka.



BERSAMBUNG...

Thursday, December 6, 2012

.hanya.sebuah.kisah.hati.

Masa mula berjumpa segalanya baik, tidak ada sedikit pun cacat cela dimata dia keatas diri Elyana. Bagi kau dialah segalanya bagi hidup kau,tanpa Elyana kau kata dunia kau kucar kacir tiada bahagia. Elyana cuba memberikan 200% cinta dan kasih sayangnya buat kau. Dia sanggup mempertahan kan hak kau sebagai seorang lelaki, cuba mempertahankan kau dari dimalukan oleh orang yang dengki kepada kau. Tapi kerana kawan kau campak Elyana ketepi bagaikan orang asing yang kau baru kenali. Kerana kawan kau buat Elyana seperti kekasih yang tidak perlukan kau disisi. Namun Elyana mengenepikan segala perasaan negetif dalam diri dan cuba mencari kesilapan diri. Elyana cuba menidakkan segala prasangka dalam hati segala keluakaan dalam diri. Suatu ketika kau jatuh. Jatuh yang dibuat oleh sorang insan yang bernama KAWAN kau. Jatuh kau ketika itu adalah kejatuhan yang membuatkan kau sukar untuk bangun kembali. Tapi disebalik semua itu kau menyalah kan Elyana atas apa yang terjadi. Kau sekali lagi melukai hatinya apabila kau berkata 'saya tak tahu kemana hala hubungan kita'. Betapa hancurnya hati Elyana ketika itu tidak seorang pun yang mengerti. Setelah pelbagai rintangan yang dilalui bersama kau menyatakan sesuatu yang tidak dijangka sama sekali. Hati Elyana hancur tetapi dia cuba menerima kenyataan bahawa kau bukan miliknya lagi. Tetapi dalam keadaan kelam itu, mungkin kerana tidak tahan melihat air mata Elyana yang mengalir tidak berhenti, maka kau menarik kembali kata2 kau. Sekali lagi Elyana menerima kata2 kau itu sebagai satu ujian yang kecil dan dia menerima kau kembali tanpa bekurangan rasa dihati buat kau.

Sekali lagi kau mendapat kawan baru. Kau mendapat kebahagiaan baru. Elyana tidak pernah menghalang cuma adakalanya dia menegur untuk kebaikan kau. Tapi kerana kawan kau sanggup menipu, kerana kawan kau sanggup curang kepada Elyana yang selalu setia menanti kau setia hari,setiap waktu,setiap saat dan setiap detik. Dalam pada masa itu Elyana cuba menidakkan lagi segala prasangka buruknya terhadap kau. Walaupun ada ketikanya kau 'kantoi' namun Elyana menerima segala alasan kau. Elyana menelan segala rasa sakit segala rasa hiba dan hanya memperlihatkan senyumannya di hadapan kau agar kau tidak malu di hadapan kawan2 kau. Tapi Elyana hanya seorang insan biasa yang lemah yang adakalanya jatuh dalam melawan perasaan diri. Dia mula rapat dengan seorang insan yang bernama lelaki yang membuatkannya tersenyum gembira dan berkongsi segala rasa yang selama ini terpendam jauh disudut hati. Dia membuatkan Elyana kembali tenang dan kembali menjadi Elyana yang ceria seperti sebelumnya. Oleh kerana terlalu rapat, Elyana difitnah oleh kawan-kawan kepada kekasih hati. Oleh kerana Elyana ingin mencari orang untuk berkongsi cerita Elyana di tinggalkan oleh kekasihnya yang selama ini sangat Elayan cintai. Kali ini Elyana nekad tidak akan berpatah balik. Tidak mungkin akan menerima lelaki itu kembali. Kerana lelaki itu tidak pernah menghargainya tetapi hanya datang kepadanya apabila masalah menimpa apa bila jatuh ditimpa tangga. Tapi Elyana tidak pernah berhenti berdoa agar kehidupan lelaki itu akan menjadi lebih baik dan sentiasa bahagia bersama insan yang dipilihnya suatu hari nanti. Bagi Elyana cukup hatinya terluka selama ini dan tidak mahu menambahkan parut dihati. Selamat tinggal kekasih.

Wednesday, December 5, 2012

.a.night.with.you.

To excited to go to a place called MELAKA for coaching program by MAD.
Menunggu hari itu penuh dengan debaran dan harapan akan dipertemukan dengannya.
Sampai kat sana focus dengan event malam itu.

Story start after the night program finished.
Guess what amazing me got lucky on that day,because he did reply my message.
Owh my i'm very happy and more excited when he said "wait i'll came"
He took me around that night and i am very happy to be with him even just for a few hours.
But i am sorry,ARR kita tak ambil photo pun malam tu kan?
Hope there will be a next time for us to be together like that.
Sincerely,I DO MISS YOU 'FRIEND'.ARR.


Thursday, September 22, 2011

kata.demi.kata

"Please respect my decision"
Bukan tidak faham maksudnya tapi mengapa?
Bukan tidak mahu mengalah tapi mahukan jawapan.
Salahkah andai kita bertanya lebih walaupun orang itu sudah memberikan keputusannya?
Ianya hanyalah soalan yang memerlukan jawapan.
Apabila tiberhenti bertanya maka mulalah berkata..
"Awak tidak memahami saya"
Sedangkan yang selama ini sentiasa memahami walau hati disakiti.
Sedangkan yang selama ini berada di sisi walaupun jatuh.
Adakah itu yang dimaksudkan dengan tidak memahami?
Andai itu,aku mengerti.
Andai suatu hari nanti lafaz ini
"saya bukan untuk awak lagi"
Maka terimalah awak seadanya kerana mungkin akan ada yang lebih memahami awak lebih dari yang saya mampu sekarang.

Friday, May 27, 2011

i.love.you.in.math

everyday people will said that they love somebody.
may be their parents,siblings,lover and anythings else.
but did we notice what is i love you in math?
for those who realize what i am going to say you are good.
but for those who didnt get it let me tell you what is it about.
usually we will write i love you as i <3 you.
we use less than 3 there.
its means there is no other person between the person we LOVE!
yeah,i like this.

Wednesday, May 18, 2011

.betterman.bettergirl.

Send someone to love me,
I need to rest in arm,
Keep me safe from harm,
In pouring rain.
Give me endless summer,
Lord i fear the cold,
Feel i'm getting old,
Before my time.
As my soul heals the shame,
I will grow through this pain,
Lord i'm doing all i can,
To be a betterman!
Go easy on my conscinces,
Cause its not my fault,
I know I've been taught to take the blame,
Rest assure my angles,
Will catch my tears,
Walk me out of here I'm in pain.
Once you've found that lover you're
homeward bound,
Love is all around love is all around,
I know some is fallen on stony ground,
But love is all around.

Tuesday, May 3, 2011

Jatuh.Bangun.Ku

Kehidupan tak selalunya indah.
Ibarat langit tak selalunya cerah.
Bangun dan jatuh dalam kehidupan adalah lumrah.
Setiap manusia akan tetap melaluinya.
Tidak akan pernah ada yang terlepas walau seorang.
Begitu juga aku yang daif di bumi NYA.
Adakala aku terlalu gembira sehingga aku melupakan NYA.
Dan apabila di timpa musibah barulah aku ingat pada NYA.
Tetapi DIA tidak pernah sekalipun melupakan aku.
Begitu jugalah seorang insan yang sangat bermakna dalam hidupku.
ALMU EKHWAN <3
Insan yang tidak pernah kenal letih melayani ku.
Insan yang sentisa ada untuk mendengar cerita-ceritaku.
Insan yang sentiasa menyayangiku.
Walaupun hadir dirinya tidaklah selamanya.
Sekurang-kurangnya aku bertuah kerana sempat mengenali insan sepertinya.
Aku sangat menyayanginya dan sentiasa menyayanginya.
Disaat ini aku masih menunggunya.
Dan dia juga menanti saat kepulangan ku disana.
Perpisahan yang banyak mengajar erti sebenar sebuah.
PERCINTAAN antara aku dan dia.