ALIF, satu nama yang tidak asing lagi dalam hidup Edyana.
Alif pernah bertahta di hati Edyana suatu ketika dahulu. Mereka bukan ’couple’
tetapi hubungan mereka terlalu rapat pada suatu ketika. Keakraban mereka
melihat kan seolah-olah mereka ini ber’couple’. Semua benda yang dibuat berdua,
makan, minum, study and bermacam-macam lagi. Namun dalam diam mereka sebenarnya
menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Mereka terlalu menyembunyikan
perasaan yang hadir dalam diri. Mereka masing-masing trauma selepas kecundang
di tengah jalan dengan percintaan yang sebelumnya. Alif sukar mahu meluahkan
kata-kata cinta kepada Edyana kerana bagi Alif biarlah masa menentukan
segalanya. Namun begitu, Alif tetap ‘protective’ kepada Edyana. Alif sangat
menyayangi Edyana. Pada Edyana pula, selagi Alif tidak menyatakan cinta Edyana
tidak mungkin akan memberitahunya tentang perasaan yang tersimpan di
sanubarinya.
5 Perkara Tentang Diri Alif (Edyana):
1. Penyayang
2. Peramah
3. Comel
4. Happy Person
5. Protective
1. Penyayang
2. Peramah
3. Comel
4. Happy Person
5. Protective
5 Perkara Tentang Diri Edyana (Alif):
1. Comel
2. Senyuman
3. Happy
4. Friendly
5. Sporty
Bak kata orang tua dahulu, tidak semestinya panas itu sampai
ke petang. Itulah yang terjadi dalam hubungan Edyana dan Alif. Edyana pada
ketika itu terlalu ‘busy’ dengan sukannya, ‘tournamentnya’ dan study
meninggalkan Alif keseorangan buat seketika. Pada masa yang sama Edyana mesti
bersiap sedia untuk berangkat ke tempat practical yang jauh dari Kuala Lumpur.
Semua itu, membuatkan hubungan antara Alif dan Edyana menjadi semakin renggang.
Alif dan Edyana tidak berkawan di laman social. Ini kerana, bagi pendapat Alif,
Edyana adalah realitinya bukan alam mayanya.
Selama 4 bulan Edyana berada di utara tanah air kerana
pembelajarannya, dan hilang ‘contact’ dengan Alif membuatkan Edyana berasa
bersalah dan rindu. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Edyana terus menghubungi
Alif tetapi hampa. Setiap hari Edyana menunggu panggilan atau pesanan ringkas
dari Alif tetapi Alif hanya diam membisu. Kecewanya hati Edyana hanya tuhan
saja yang tahu. Edyana memendam perasan lukanya seorang diri.
Walaubagaimanapun, Edyana tetap mencari kelibat Alif setiap waktu detik dan
ketika.
Selepas terlalu lama menghilang,akhirnya Alif Berjaya Edyana
temui. Betapa bersyukurnya Edyana tiada bandingannya. Edyana seperti ingin
memeluk Alif dan begitu juga sebaliknya pada saat pertemuan itu.
Edyana berdoa
dan berharap agar dia dan Alif tidak akan terpisah lagi. Terlalu tersiksa rasa
hati Edyana apabila berjauhan dah tidak dapat menemui insan yang disayanginya.
Alif menceritakan hal yang berlaku kepada dirinya sepanjang kehilangannya dan
meminta maaf kepada Edyana.
Masa berlalu,dari hari kesehari dan ianya bagaikan tidak
terasa hari-hari yang berlalu. Hidup dara dan teruna ini bahagia kembali
seperti dahulunya. Tidak ada yang menganggu hubungan mereka. Tiada yang menjadi
penghalang diantara mereka. Meraka kembali yakin bahawa tiada apa yang akan
memisahkan mereka.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment