Suatu hari, tragedy lama berulang kembali. Alif dengan
tiba-tiba menghilangkan diri. Edyana tidak mengerti sama sekali, apakah
kesilapannya atau keterlanjuran kata-katanya membuatkan Alif merajuk sehingga
menyembunyikan diri. Suatu hari, ketika ditanya kepada salah seorang kawan
sekelasnya maka barulah diketahui oleh Edyana bahawa Alif sedang menjalani
latihan industry di Perak. Sekali lagi mereka terpisah dalam keterpaksaan
menahan sakit di hati tidak membiarkan air mata menginangi mata.
Setiap kali melayari laman internet, Edyana tidak pernah
jemu untuk membuka lebaran insan yang bernama Alif. Setiap hari dia cuba mencari
sahabatnya itu walaupun sudah bertahun sahabatnya itu menghilangkan diri tanpa
sebarang nota. Adakalanya Edyana menghantar pesanan ringkas walaupun dia tahu
pesanannya tidak akan dibalas. Dalam kotak fikirannya cuma satu, hanya
menginginkan persahabatannya bersama Alif kembali ‘okey’ seperti dulu.
“u, I perlukan u sekarang. I tak taw nak cakap kat sape lg
dah. I nak jumpe u k. nnt u bals taw kite jumpa kat mane.” Lantas pesanan itu
dihantar oleh Edyana kepada Alif. Ke hulu ke hilir Edyana berjalan mundar-mandir
menunggu pesanannya itu di balas oleh Alif. Akhirnya, deringan SMS telefon
Edyana berkumandang. Berkejaran Edyana mendapatkan telefon kesayangannya itu.
Sah! Alif! Yes! “u I datang jumpa u pukul 8 lepas I main bola,tunggu I dekat
bawah”.
Tepat jam 8, Edyana sudah pun berada di bawah rumah seperti
yang dijanjikan. Menunggu kelibat Alif yang tidak sampai – sampai. 10 minit
kemudian Alif sampai dengan motornya. “sorry dear,I lambat” Edyana memandang
dengan ringkas menjawab “okey”. Edyana menceritakan segalanya kepada Alif. Sedu
sedan, gelak tawa menghiasi malam mereka. Sesuatu yang tak disangka, Alif
memeluk Edyana dengan erat sekali, bagaikan tidak mahu lagi melepaskan insan
yang disayanginya itu buat selamanya. Alif senang Edyana mula ceria kembali
seperti pertama kali bersua.
Setahun berlalu, Alif dan Edyana seperti biasa, sehinggalah pada hari terakhir Edyana berada di Kolej. Edyana mencari Alif, dan memberitahu Alif bahawa dia sudah menamatkan pembelajaranya selama 3 tahun. Alif tercengang walaupun dia tahu Edyana lebih dahulu akan tamat belajar. Alif kehilagan kata – kata. Dia kini tahu tiada lagi Edyana tiada lagi Senyuman Edyana yang mengegarkan jiwa lelakinya untuk hari – hari mendatang. Alif cuba tersenyum dan mengucapkan “Congrats U!”. Satu kucupan hinggap di dahi Edyana. Dan Itulah kali terakhir mereka bertemu, tidak diketahui sebabnya.
A SIMPLE story, but full of meaning. Sekian.
No comments:
Post a Comment