Tuesday, January 8, 2013

.thousand.years.i.will.wait.


ALIF, satu nama yang tidak asing lagi dalam hidup Edyana. Alif pernah bertahta di hati Edyana suatu ketika dahulu. Mereka bukan ’couple’ tetapi hubungan mereka terlalu rapat pada suatu ketika. Keakraban mereka melihat kan seolah-olah mereka ini ber’couple’. Semua benda yang dibuat berdua, makan, minum, study and bermacam-macam lagi. Namun dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan antara satu sama lain. 

Mereka terlalu menyembunyikan perasaan yang hadir dalam diri. Mereka masing-masing trauma selepas kecundang di tengah jalan dengan percintaan yang sebelumnya. Alif sukar mahu meluahkan kata-kata cinta kepada Edyana kerana bagi Alif biarlah masa menentukan segalanya. Namun begitu, Alif tetap ‘protective’ kepada Edyana. Alif sangat menyayangi Edyana. Pada Edyana pula, selagi Alif tidak menyatakan cinta Edyana tidak mungkin akan memberitahunya tentang perasaan yang tersimpan di sanubarinya.



5 Perkara Tentang Diri Alif (Edyana):
1. Penyayang
2. Peramah
3. Comel
4. Happy Person
5. Protective


5 Perkara Tentang Diri Edyana (Alif):
1. Comel
2. Senyuman 
3. Happy
4. Friendly
5. Sporty



Bak kata orang tua dahulu, tidak semestinya panas itu sampai ke petang. Itulah yang terjadi dalam hubungan Edyana dan Alif. Edyana pada ketika itu terlalu ‘busy’ dengan sukannya, ‘tournamentnya’ dan study meninggalkan Alif keseorangan buat seketika. Pada masa yang sama Edyana mesti bersiap sedia untuk berangkat ke tempat practical yang jauh dari Kuala Lumpur. Semua itu, membuatkan hubungan antara Alif dan Edyana menjadi semakin renggang. Alif dan Edyana tidak berkawan di laman social. Ini kerana, bagi pendapat Alif, Edyana adalah realitinya bukan alam mayanya.

Selama 4 bulan Edyana berada di utara tanah air kerana pembelajarannya, dan hilang ‘contact’ dengan Alif membuatkan Edyana berasa bersalah dan rindu. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Edyana terus menghubungi Alif tetapi hampa. Setiap hari Edyana menunggu panggilan atau pesanan ringkas dari Alif tetapi Alif hanya diam membisu. Kecewanya hati Edyana hanya tuhan saja yang tahu. Edyana memendam perasan lukanya seorang diri. Walaubagaimanapun, Edyana tetap mencari kelibat Alif setiap waktu detik dan ketika.
Selepas terlalu lama menghilang,akhirnya Alif Berjaya Edyana temui. Betapa bersyukurnya Edyana tiada bandingannya. Edyana seperti ingin memeluk Alif dan begitu juga sebaliknya pada saat pertemuan itu. 

Edyana berdoa dan berharap agar dia dan Alif tidak akan terpisah lagi. Terlalu tersiksa rasa hati Edyana apabila berjauhan dah tidak dapat menemui insan yang disayanginya. Alif menceritakan hal yang berlaku kepada dirinya sepanjang kehilangannya dan meminta maaf kepada Edyana.

Masa berlalu,dari hari kesehari dan ianya bagaikan tidak terasa hari-hari yang berlalu. Hidup dara dan teruna ini bahagia kembali seperti dahulunya. Tidak ada yang menganggu hubungan mereka. Tiada yang menjadi penghalang diantara mereka. Meraka kembali yakin bahawa tiada apa yang akan memisahkan mereka.



BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment