Wednesday, January 2, 2013

.Festival.Puisi.Dan.Lagu.Rakyat.2013.


Asslammualaikum…


Yeah, setelah sekian lama tidak menulis, terlalu sibuk penulis dengan aktiviti – aktiviti harian yang tidak pernah membosankan. Baru malam ini penulis berpeluang menulis kembali. Disini penulis ingin mencoretkan kenangan semasa penulis menyertai ‘Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa’ Pangkor 3, yang bermula dari 15 Disember sehinggalah 17 Disember 2012.

Festival ini dijalankan secara 3 hari berturut – turut. Penulis hanyalah menolong ayah & bonda yang bertugas sebagai jawatan kuasa. Owh ya, festival ini bertempat di Pantai Pasir Bogak & Arena Pangkor di Pulau Pangkor, Perak.



Pada mulanya, penulis hanyalah berniat untuk bersiar – siar dah merehatkan diri. Biasilah akhir tahun ‘bercuti’ katanya. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Penulis juga turut menjadi jawatan kuasa dan bertugas untuk menempatkan pasa peserta yang membuat persembahan. Pendek kata, ‘KELETIHAN’ selama 4 hari disana. Sedihnya!



Bertemu dengan pelbagai jenis manusia dari pelbagai bangsa membuatkan penulis berasa begitu teruja sekali. Mana tidaknya, okey mula – mula sekali penulis berjumpa dengan orang Jerman. Dalam hati, “owh ada puisi dalam bahasa Jerman”. Sekali bila orang Jerman ini buka mulut, “eh boleh cakap melayu daaaa”. Owh ‘respect’ sangat dengan dia, bukan saja boleh bertutur dalam bahasa ibunda kita degan fasih malah beliau adalah seorang pensyarah bahasa melayu di Universiti Malaya. It is a true story, what can I say just there is a lot of things yang masih belum di terokai oleh penulis.



Lepas tu, penulis tabik spring dengan ‘passion’ yang ditunjukkan oleh seorang penyair dari tanah seberang, Indonesia. Beliau terlepas orang kami yang ditugaskan untuk mengambilnya di KLIA, walaupun beliau menunggu sudah lebih dari 2 jam. Kemudiannya beliau mengambil kereta api terus dari KL ke Batu Gajah. Tiba disana, orang kami yang sepatutnya mengambilnya di Batu Gajah itu tidak muncul – muncul. Beliau tidur di Batu gajah dan meneruskan perjalanan beliau pada keesokkan harinya dengan sendiri dan sampai pada awal pagi sabtu. Just ‘imaging’ kesanggupan beliau demi memartabatkan puisi dan bahasa.

So, diatas sedikut kisah yang penulis nak berkongsi dengan pembaca semua mengenai perkara yang membuatkan penulis rasa ‘wow’! Continue story lagi, dekat sana biasalah ramai juga artis yang dating membuat persembahan. Penulis ada bergambar dengan mereka. Below, some of the pictures I took with them. Hehehe…

Disamping itu juga dalam masa 3 hari disana, penulis sempat jugalah belajar membuat puisi dari seorang Sasterawan Indonesia. Memang beliau tidak lokek ya memberikan tunjuk ajar. But for me to write a poem well I don’t think so. I am not art people and I don’t have that talent. So sorry, tak dapat nak mencipta puisi.
Tell what sepanjang 3 hari itu walaupun kecewa tak dapat melakukan aktiviti air dan memenuhi impian untuk bercuti dengan tenang, tapi banyak pengalaman yang dapat penulis timba dari situ. Hope can come for the next year event. Nak baca syair sekali lah boleh tak??


2 comments:

  1. WIsh can follow you next year! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. My dear Ana Mutalib, sure u can follow me. I will try to update the date! its fun!

      Delete