Thursday, May 5, 2011

dahulu+sekarang="thank y0u mama"

Pada suatu ketika...
Mama terasa dirinya kurang sehat,
Pening,loya,muntah segalanya,
Mama dengan segala kudrat,
Menahan kesakitan berjalan,
Berjumpa doktor mendapatkan rawatan,
Dengan penuh senyuman doktor berkata,
"TAHNIAH puan mengandung"
Betapa gembira hati mama tidak terkata,
Ayah pula menangis kegembiraan dalam tawanya.

Kemudiannya..
Mama bersusah payah untuk menjaga kandungannya,
Walaupun sukar untuk membuat kerja,
Tetap jua dilakukan kerana kewajipannya,
Tidak sekali mama menguluh kerana kerja,
Walau mama sakit mama gagah berdiri,
Walau mama sakit mama gagah berjalan,
Walau mama sakit mama tetap gagah,
9 bulan 10 hari mama menjaga kita sebelum dilahirkan,
Tiba masanya mama sekali lagi bertarung,
Dengan penuh kudrat ditambah kegagahan,
Disirami dengan keikhlasan dan kasih sayang,
Mama melahirkan kandungannya,
Memberi peluang untuk anaknya melihat keindahan dunia,
Walaupun ianya adalah pertarungan nyawa,
Mama bertempur tanpa memikirkan dirinya.
"MAMA BUKAN INSAN YANG LEMAH"

Dahulunya...
Mama tidak pernah mendapat rehat yang cukup,
Ianya hanya kerana melayan anaknya,
Sekali lagi mama tidak mengeluh walaupun sedikit,
Mama tidak menyesal kerana melahirkan anaknya,
Malah mama semakin gembira setiap hari,
Mendengarkan suatu hari,
Anaknya menyebut perkataan "MAMA",
Hati mama bergetar kelu lidah mendengarkannya,
Kerana itulah perkataan pertama yang dituturkan oleh anaknya,
Bermula dengan menirap,merangkak,betatih,berjalan,
Dan akhirnya berlari,
Mama pesan "jangan lari nanti jatuh sakit",
Anak mama masih degil dan terjatuh,
Tapi mama tidak marah malah,
Mama memujuk kita dengan cara hanya seorang mama boleh lakukan,
Hari2 berikutnya,
Terciptalah kisah-kisah suka duka antara,
Mama dan anaknya.

Sekarang...
Apabila anaknya sudah meningkat dewasa,
Mama sering keseorangan,
Tiada lagi anaknya untuk menemaninya,
Sebagaimana mama DAHULU,
Tiada lagi anaknya untuk menjaganya,
Sebagaimana mama DAHULU,
Tiada lagi anaknya untuk merawatnya,
Sebagaimana mama DAHULU,
Tiada lagi anaknya untuk mendengar masalah mama,
Sebagaimana mama DAHULU,
Tiada lagi anaknya untuk suka duka bersama,
Sebagaimana mama DAHULU,
Walaupun begitu mama tidak marah,
Mama masih bersabar dengan dan tenang berkata,
"Tak per mama faham apa yang kamu inginkan anakku",
Tidak sekali mama menyalahkan anaknya,
Kerana tidak menemaninya,menjaganya,merawatnya,
mendengar,masalahnya dan masa untuk bersamanya,
Seperti mana anaknya lakukan DAHULU.

"mama sangat banyak berkorban demi anak-anaknya"
"ingat jagalah mama anda ketika dia masih ada"
"sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna"
"THANK YOU MAMA FOR EVERYTHING"

No comments:

Post a Comment