Thursday, December 6, 2012

.hanya.sebuah.kisah.hati.

Masa mula berjumpa segalanya baik, tidak ada sedikit pun cacat cela dimata dia keatas diri Elyana. Bagi kau dialah segalanya bagi hidup kau,tanpa Elyana kau kata dunia kau kucar kacir tiada bahagia. Elyana cuba memberikan 200% cinta dan kasih sayangnya buat kau. Dia sanggup mempertahan kan hak kau sebagai seorang lelaki, cuba mempertahankan kau dari dimalukan oleh orang yang dengki kepada kau. Tapi kerana kawan kau campak Elyana ketepi bagaikan orang asing yang kau baru kenali. Kerana kawan kau buat Elyana seperti kekasih yang tidak perlukan kau disisi. Namun Elyana mengenepikan segala perasaan negetif dalam diri dan cuba mencari kesilapan diri. Elyana cuba menidakkan segala prasangka dalam hati segala keluakaan dalam diri. Suatu ketika kau jatuh. Jatuh yang dibuat oleh sorang insan yang bernama KAWAN kau. Jatuh kau ketika itu adalah kejatuhan yang membuatkan kau sukar untuk bangun kembali. Tapi disebalik semua itu kau menyalah kan Elyana atas apa yang terjadi. Kau sekali lagi melukai hatinya apabila kau berkata 'saya tak tahu kemana hala hubungan kita'. Betapa hancurnya hati Elyana ketika itu tidak seorang pun yang mengerti. Setelah pelbagai rintangan yang dilalui bersama kau menyatakan sesuatu yang tidak dijangka sama sekali. Hati Elyana hancur tetapi dia cuba menerima kenyataan bahawa kau bukan miliknya lagi. Tetapi dalam keadaan kelam itu, mungkin kerana tidak tahan melihat air mata Elyana yang mengalir tidak berhenti, maka kau menarik kembali kata2 kau. Sekali lagi Elyana menerima kata2 kau itu sebagai satu ujian yang kecil dan dia menerima kau kembali tanpa bekurangan rasa dihati buat kau.

Sekali lagi kau mendapat kawan baru. Kau mendapat kebahagiaan baru. Elyana tidak pernah menghalang cuma adakalanya dia menegur untuk kebaikan kau. Tapi kerana kawan kau sanggup menipu, kerana kawan kau sanggup curang kepada Elyana yang selalu setia menanti kau setia hari,setiap waktu,setiap saat dan setiap detik. Dalam pada masa itu Elyana cuba menidakkan lagi segala prasangka buruknya terhadap kau. Walaupun ada ketikanya kau 'kantoi' namun Elyana menerima segala alasan kau. Elyana menelan segala rasa sakit segala rasa hiba dan hanya memperlihatkan senyumannya di hadapan kau agar kau tidak malu di hadapan kawan2 kau. Tapi Elyana hanya seorang insan biasa yang lemah yang adakalanya jatuh dalam melawan perasaan diri. Dia mula rapat dengan seorang insan yang bernama lelaki yang membuatkannya tersenyum gembira dan berkongsi segala rasa yang selama ini terpendam jauh disudut hati. Dia membuatkan Elyana kembali tenang dan kembali menjadi Elyana yang ceria seperti sebelumnya. Oleh kerana terlalu rapat, Elyana difitnah oleh kawan-kawan kepada kekasih hati. Oleh kerana Elyana ingin mencari orang untuk berkongsi cerita Elyana di tinggalkan oleh kekasihnya yang selama ini sangat Elayan cintai. Kali ini Elyana nekad tidak akan berpatah balik. Tidak mungkin akan menerima lelaki itu kembali. Kerana lelaki itu tidak pernah menghargainya tetapi hanya datang kepadanya apabila masalah menimpa apa bila jatuh ditimpa tangga. Tapi Elyana tidak pernah berhenti berdoa agar kehidupan lelaki itu akan menjadi lebih baik dan sentiasa bahagia bersama insan yang dipilihnya suatu hari nanti. Bagi Elyana cukup hatinya terluka selama ini dan tidak mahu menambahkan parut dihati. Selamat tinggal kekasih.

No comments:

Post a Comment