Thursday, September 22, 2011

kata.demi.kata

"Please respect my decision"
Bukan tidak faham maksudnya tapi mengapa?
Bukan tidak mahu mengalah tapi mahukan jawapan.
Salahkah andai kita bertanya lebih walaupun orang itu sudah memberikan keputusannya?
Ianya hanyalah soalan yang memerlukan jawapan.
Apabila tiberhenti bertanya maka mulalah berkata..
"Awak tidak memahami saya"
Sedangkan yang selama ini sentiasa memahami walau hati disakiti.
Sedangkan yang selama ini berada di sisi walaupun jatuh.
Adakah itu yang dimaksudkan dengan tidak memahami?
Andai itu,aku mengerti.
Andai suatu hari nanti lafaz ini
"saya bukan untuk awak lagi"
Maka terimalah awak seadanya kerana mungkin akan ada yang lebih memahami awak lebih dari yang saya mampu sekarang.

2 comments:

  1. kadang kala diam lebih membantu...
    kadang kala sepi lebih akrab...
    kadang kala sengketa itu perlu...

    biarlah titisan demi titisan...
    air yang jatuh berderai...
    bukan hati kaca yang berkecai...

    lindungilah diri
    dari panahan - panahan beracun
    bisa melumpuh

    aduhai hati....

    ReplyDelete
  2. inche Dama VK..baik u buat post jer,..

    ReplyDelete