Tuesday, July 12, 2011

Sudah.Tersurat

Kehilangan seseorang yang disayangi adalah sesuatu yang amat perit. Tidak ada seorang insan yang mahu kehilangan orang tersayang. Tetapi itu adalah lumrah dunia yang fana ini. Kita tidak dapat menolak andai itu sudah tersurat. Tetapi janganlah kita terlalu alpa dengan mainan dunia ini.Ingatlah bahawa ianya hanya dugaan buat kita. Bangkitlah dari keperitan itu dan jadikanlah ia titik permulaan untuk memulakan sebuah kehidupan baru ataupun meneruskan kehidupan seperti sebelumnya. Ingatlah bahawa allah tidak akan memberikan dugaan yang kita tidak mampu menangungnya. Syukur kerana masih diberikan dugaan darinya.

No comments:

Post a Comment